Friday 6 July 2012

Review: Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS) | Filem 2


Hai semua..!!!
Aku baru je habis tonton citer HACKS ....download je
Citer banyak sebut isu cinta tapi tetap best lah


Bab yang tacing -tacing dalam filem ni masa anniversary
Mukhlis ngan Murni .
Kesian ngan Si Mukhlis tu


Bagi aku citerni memang best lah
Tabik Spring skit!!

Tapi ada beberapa babak , pelakon seksi sangat
Pergaulan diorang pun nampak cam bebas sangat

Masa ending tu boleh lh korang nak titiskan air mata korang yang mahal sangat tu
Sedih giler ending dia (copp.. aku tak nangis )
Kalau ending Murni bahagia ngan Mukhlis kan best


Unik lam citer ni ada kisah Cinta Platonik, Cinta Platonik ialah jalinan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan tanpa sebarang tarikan seksual mahupun fizikal

RATING 
5/5

Lagu dia best...


******************
Sinopsis

Filem ini mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM.

Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy.

 ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.




2 comments:

fizafantagiro said...

best ek citer nih ? tgk trailer dia cam tak best .. hihihi , kalo camtu kene tgk la ni . tp kt astro first dh ada . leh langgan :)

Mirah Halim said...

memang best . rugi tak tengok