Novel yang menjadi pilihan untuk 'direview' kali ni adalah Kahwin Ganti karya Aifa Batrisya.
Novel ini adalah terbitan Karya Seni.Kebanyakan novel terbitan Karya Seni memang best belaka. Aku dah lama habis baca cuma baru nak review je.
Jom baca sinopsis Novel ini.
Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!
Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.
“Awak suka saya tak?” – Mya Zara
“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.
“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?
*********************************
Bagi aku novel ni sangat menarik. Dalam ni tak de pun musuh-musuh macamyang terdapt dalam kebanyakan novel lain. Dari segi penceritaan, memang lain dari yang lain.
Selalu perempuan yang jadi pengganti tapi dalam novel ni lelaki yang menjadi pengganti semasa hari pernikahan. Mula-mula baca keliru jugak kenapa Nuqman Hakim tinggalkan Mya Zara pada hari pernikahan diorang sedangkan dia cintakan Mya Zara.
Persoalan dalam novel ni kenapa Nuqman Hakim menghilangkan diri pada hari pernikahan?Adakah Luqman Hakim akan menceraikan Mya Zara? Siapakah yang menjadi pilihan Mya Zara?
Nak tau kena la beli. Aku kasi 4 bintang untuk Kahwin Ganti. Kalau panjangkan sikit jalan cerita dia baru best.
Aku minat watak Luqman Hakim .So sweet.Kawan-kawan aku yang baca semua puas hati dengan novel sampaikan nak pinjam pulak untuk baca kali kedua.
ini adalah blog penulis Kahwin Ganti.
No comments:
Post a Comment