Showing posts with label Review. Show all posts
Showing posts with label Review. Show all posts

Thursday, 27 September 2012

Kisah Romeo & Juliet Moden

                                                   Assalamualaikum


Sapa yang dah tengok citer ni?? Cer citer skit.Kelmarin aku ada baca paper,ada review pasal citer ni.Macam seronok je citer ni.

Bagi yang belum tengok lagi macam aku ni,,jom terjah sinopsis dia ckit


Kisah Romeo & Juliet moden - tontonilah kisah cinta Zafrin dan Ujie dalam kisah ‘Untuk 3 Hari’ – Pasangan muda yang bertemu ketika menuntut di universiti merancang untuk berkahwin. Tetapi, muncul dilema apabila ibu bapa masing-masing telah mengaturkan perkahwinan dengan pilihan sendiri. Pasangan tanpa jodoh ini mengambil keputusan untuk meneruskan dengan perkahwinan pilihan keluarga tetapi berjanji sesama sendiri untuk bercerai selepas tiga hari! 

Filem Untuk Tiga Hari merupakan sebuah kisah yang diadaptasi daripada salah sebuah novel terlaris tulisan Ahadiat Akashah yang juga penulis bagi novel Lagenda Budak Setan.
Suami isteri #Untuk3Hari? Bolehkah  maruah keluarga menjadi perantaraan jodoh?


Friday, 10 August 2012

Review:Awak Suka Saya Tak? |Novel 2


Setelah lama tak update blog , hari pilih nak review novel je.  Novl pilihan ialah Novel Awak Suka Saya Tak? trbitan KaryaSeni.

Sinopsis:

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…"
Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." 
Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." 
Intan Zulaikha
 

*********************************
Novel ni memang best.Jalan cerita pun ada perbezaan dari kebanyakan novel yang pernah aku baca. Selalu kita baca tentang kahwin paksa atau yang sewaktu dengannya lah kan.
Tapi yang ni tentang kisah percintaan .

Hilman seorang yang penyabar berlainan pula dengan Intan.
Yang aku paling suka dalam novel ni masa Intan kena lipat kat Damien a.k.a Hilman.

Aku kasi 4 bintang.
#######################







Friday, 13 July 2012

Review: Kahwin Ganti | Novel 1


Novel yang menjadi pilihan untuk 'direview' kali ni adalah Kahwin Ganti karya Aifa Batrisya.
Novel ini adalah terbitan Karya Seni.Kebanyakan  novel terbitan Karya Seni memang best belaka. Aku dah lama habis baca cuma baru nak review je.


 Jom baca sinopsis Novel ini.

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.

“Awak suka saya tak?” – Mya Zara

“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?



*********************************

Bagi aku novel ni sangat menarik. Dalam ni tak de pun musuh-musuh macamyang terdapt dalam kebanyakan novel lain. Dari segi penceritaan, memang lain dari yang lain.

Selalu  perempuan yang jadi pengganti tapi dalam novel ni lelaki yang menjadi pengganti semasa hari pernikahan. Mula-mula baca keliru jugak kenapa Nuqman Hakim tinggalkan Mya Zara pada hari pernikahan diorang sedangkan dia cintakan Mya Zara.

Persoalan dalam novel ni kenapa Nuqman Hakim menghilangkan diri pada hari pernikahan?Adakah Luqman Hakim akan menceraikan Mya Zara? Siapakah yang menjadi pilihan Mya Zara?

Nak tau kena la beli. Aku kasi 4 bintang untuk Kahwin Ganti. Kalau panjangkan sikit jalan cerita dia baru best.

Aku minat watak Luqman Hakim .So sweet.Kawan-kawan aku yang baca semua puas hati dengan novel sampaikan nak pinjam pulak untuk baca kali kedua.

ini adalah blog penulis Kahwin Ganti.




Friday, 6 July 2012

Review: Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS) | Filem 2


Hai semua..!!!
Aku baru je habis tonton citer HACKS ....download je
Citer banyak sebut isu cinta tapi tetap best lah


Bab yang tacing -tacing dalam filem ni masa anniversary
Mukhlis ngan Murni .
Kesian ngan Si Mukhlis tu


Bagi aku citerni memang best lah
Tabik Spring skit!!

Tapi ada beberapa babak , pelakon seksi sangat
Pergaulan diorang pun nampak cam bebas sangat

Masa ending tu boleh lh korang nak titiskan air mata korang yang mahal sangat tu
Sedih giler ending dia (copp.. aku tak nangis )
Kalau ending Murni bahagia ngan Mukhlis kan best


Unik lam citer ni ada kisah Cinta Platonik, Cinta Platonik ialah jalinan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan tanpa sebarang tarikan seksual mahupun fizikal

RATING 
5/5

Lagu dia best...


******************
Sinopsis

Filem ini mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM.

Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy.

 ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.




Sunday, 17 June 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang ( H.A.C.K.S )


                                

                                 Terbaik Bulan Ni:
                                     st Mini Giveaway by Lieyna Rosli
                                     Exclusive Giveaway by Cik Bunny
                                     1st Giveaway by Nina & Kiki
                                     Simple Giveaway by Double E
                             ღ Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida



citer ni nampak macam best je.Ni yang buat aku tak sabar nak tengok ni.
Bila tengok trailer ,kesian plak dekat watak Aeril Zafriel tu.


Sinopsis : 
Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari 'soulmate'. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang 'Meet Soulmate'. 

Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. 

Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. 

Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.




Friday, 15 June 2012

Review: Aku Ada Kau Ada | Filem 1


  


  Terbaik Bulan Ni:
                                     st Mini Giveaway by Lieyna Rosli
                                     Exclusive Giveaway by Cik Bunny
                                     1st Giveaway by Nina & Kiki
                                     Simple Giveaway by Double E
                             ღ Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida

                                       
                                  Korang dah tonton ke filem ni? Aku baru je tengok beberapa hari yang lepas.
                              Aku tengok kat sini malaymoviesfull .Citer ni kelakar jugak.
                                   Aziz pon lucu gak sebab dia macam blurrr gitu. Sweet je citer ni.


                              
                               SINOPSIS AKU ADA KAU ADA?
Nordin Ahmad (20) adalah pelajar tahun kedua yang teringin untuk dipandang “cool”. Masalahnya, setiap kali Nordin menjadi tumpuan, dia akan panik, mula batuk dan akhirnya muntah. Aziz pula, seorang pelajar poyo yang perasan popular, selalu menyakat Nordin. Aziz sangat sakit hati bila Nordin mendapat perhatian dari pelajar perempuan.



Tina (20) adalah pelajar yang baru bertukar ke kolej Nordin untuk “99 Hari Senyum”, sebuah program khas untuk mengatasi sikap panas baran yang ditawarkan oleh Dr. Zida, kaunselor kolej. Tina tidak merasakan dia bermasalah walaupun dia sebenarnya adalah seorang panas baran tahap kronik. Namun bila mereka bertemu semula setelah 15 tahun berpisah, darah gemuruh Nordin makin teruk dan sakit marah Tina menjadi makin menjadi.



   
Masalah menjadi lebih besar bila mereka disatukan dalam persembahan berkumpulan untuk kelas teater. Yang jelas, mereka saling membenci. Aziz suka Tina kerana dia melihat sendiri kebencian Tina pada Nordin. Makin lama mereka bertengkar, Tina tersedar yang dia sukakan Nordin, seperti 15 tahun dulu. Tina rasa dengan luahkan perasaan pada Nordin, dia akan dapat mengatasi sikap panas barannya tapi hanya jika Nordin menerima cintanya. Nordin pula kurang pasti jika dia betul-betul sukakan Tina jadi sebelum sempat Tina luahkan perasaannya pada Nordin, Nordin laksanakan “teknik istimewa”nya ke atas Tina.




Melalui “teknik istimewa”nya, Nordin yakin dia sukakan Tina tapi malangnya, teknik Nordin itu buat Tina yakin Nordin bencikan dia. Tina buat keputusan keluar dari kumpulan. Namun Nordin sedar yang ianya masih tidak dapat menyelesaikan masalahnya selagi dia tidak berterus terang dengan Tina.




Namum pada hari persembahan, kumpulan Nordin mengalami masalah bila apa yang dirancang tidak menjadi. Bila keadaan mula terdesak, Tina muncul dan buat persembahan bersama Nordin. Mereka pamerkan sebuah persembahan yang mantap.