Sunday, 17 June 2012

Hanya Aku Cinta Kau Seorang ( H.A.C.K.S )


                                

                                 Terbaik Bulan Ni:
                                     st Mini Giveaway by Lieyna Rosli
                                     Exclusive Giveaway by Cik Bunny
                                     1st Giveaway by Nina & Kiki
                                     Simple Giveaway by Double E
                             ღ Awesome Give Away Dunia Sebenar Shida



citer ni nampak macam best je.Ni yang buat aku tak sabar nak tengok ni.
Bila tengok trailer ,kesian plak dekat watak Aeril Zafriel tu.


Sinopsis : 
Mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari 'soulmate'. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang 'Meet Soulmate'. 

Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM. Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. 

Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy. ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. 

Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.




No comments: