Friday 27 December 2013

Review Page Jelitawani's

   Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Nak review sikit pasal page Jelitawani's  ni. Jelitawani's  menawarkan pelbagai jenis tudung dan selendang yang seiring dengan peredaran masa kini.Terdapat pelbagai corak tudung bawal dan selendang yang menarik dan berkualiti  ditawarkan pada harga yang berpatutaan.

Antara koleksi tudung bawal dan selendang yang ditawarkan :





Kini, Jelitawani's menampilkan 3 jenis baju sebagai pengenalan.

Lacey Cardigan:


 Plain Cardigan:




Tribal Blouse:




Selain itu, Jeltawani's turut menawarkan pelbagai jenis Inner.Antaranya, Inner 2 Tone, Inner Neck Lycra, Inner Neck Satin, Inner Magik dan juga Inner baju.





Oh ya, sekarang ni, Jelitawani's sedang mengadakan Year End Sale.Cepat rebut peluang ni untuk mendapatkan barang yang anda mahu.










Friday 20 December 2013

Result !

                                                        Assalamualaikum w.b.t dan hai ! 

*Entri ni sangat panjang macam karangan PMR. Sila tekan x kalau dah rasa nak menguap !


Sila sebut title tu tiga kali ya. Malas nak taip banyak-banyak. Orang lain kemain laju lagi update entry pasal result diorang and me, sentiasa ketinggalan sikit (sikit je). Jom mulakan cerita yang amat dramatis ni.

 191213. Tarikh ambil result. Kemain awal saya bertolak kelmarin , pukul 10:30 pagi lagi dah bertolak. Tupun ingatkan dah lewat sebab dengar kata result keluar dalam pukul 10 lebih-lebih sikit. Aku pergi dengan kawan. Kitorang pergi jalan kaki je, sihat sikit kan. Sampai sekolah result belum keluar lepastu main-main sekejap then pergi beli air (dahaga tau tunggu lama-lama ni).

Ada jugaklah yang cek guna sms. Aku memang taklah sms ni, tak feeling k. Bila dah nampak orang masuk dewan amik result terus aku dan geng pergi.FYI kitorang takde duduk atas kerusi lama-lama nak  tunggu nama kena panggil , masuk tu truih pergi kat meja yang guru kelas duk .Then, tunggu dia panggil nama jugaklah sebab ada yang tak habis bayar yuran kan.

Mula-mula masuk tu, terkezuttttttt aku.Yelah ,dah ada yang terlampau excited sampai menjerit kuat gila.Nasib baik aku takde penyakit jantung.Oh, sebelum masuk dewan tu ,aku ada ternampak chinese girl ni, menangis sampai nak rebah. Maybe result dia tak macam yang ditarget.Dia pun pandai jugak. Sambung cerita tadi, lepas dengar bunyi menempik kuat terus aku keluar (menyampah kot, taulah excited sebab dapat straight A's).

Masuk plak kali kedua, truih nama aku kena panggil and me, 'huh?'.Nampak diorang yang dekat situ macam gembira semacam je panggil nama aku.Aku pergi dekat ustazah ,amik dan tengok result. Alhamdulillah.Tu je yang aku mampu ucap.Taktau nak buat reaksi macam mana, sedih ke gembira. Yep, seriously aku gembira dalam sedih.Aku target 6A/7A je. Orang lain mungkin gembira tapi bukan aku.For me, dugaan yang datang dalam bentuk kesenangan selalunya susah kita nak hadapi. Kot-kot tahun depan jadi pemalas ke. 

Susah nak percaya aku dapat banyak ni. Dari F1-F3 memang takpenah ah.Paling tinggi pon masa trial hari tu, 6A.Sebab tu aku memang tak taruh harapan tinggi sangat .Lagipun kalau boleh straight A ni orang akan expect yang lagi baik dari kita bila SPM. Ni buat aku bimbang kalau SPM aku tak berapa baik.Walau apepun, kita tak boleh menidakkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah untuk  kerana itulah yang terbaik untuk kita.


Tahniah untuk semua calon PMR 2013 semua.Tak kiralah result korang berapa pon sebab semua tu hasil usaha kita .Sekarang siap sedia untuk peperiksaan yang paling penting plak ,SPM. Good Luck SPM 2015.

p/s Alhamdulillah got 8A PMR