Saturday 28 July 2012


Harap Maaf !! 
Blog Is Still under CONSTRUCTIONS!!!
Starting 28/7/2012 



Soalan Kuiz 26 - 30

                                                      

 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'

No.26

Baru aje beberapa kali ceroboh blog akak Shahriah ni.Akak ni merupakan seorang ibu yang berkerjaya.
Skodeng punya skodeng terjumpa moto akak ni , iaitu :
'Tak cuba Tak ler Tahu'  
Setuju betul dengan motto ni.Saya tak tau mana tentang blog ni .Jarang berkunjung ke blog yang satu ni.
pada pendapat saya ,blog nimengisahkan tentang hobi-hobi atau kesukaan akak Shahriah.

                                                             No.27
Blog ni memang saya selalu kunjung sebab blog ni pasal novel.
Saya ni peminat novel so wajib lah skodeng blog penulis novel kan.Kebetulan akak Shahriah pun penulis novel. Kita pun skodeng blog ni.Blog nibanyak mengisahkan tentang novel akak Shahriah adan aktiviti yang berkaitan dengan novel,

 No.28

Blog yang ketiga ni plak berkaitan dengan resepi.Wah, terliur tengok gambar makanan yang akak post. Nampak sedap betul tapi saya tak dapat nak cuba lagi.
Suka sangat tengok gambar kek,pencuci mulut dan lain- lain lah.

Chocolate Cup Cakes

menyelerakan betul.Design pon cantik dah.

 No.29
Blog ni pun saya  jenguk kadang -kadang je.Blog kenangan tentang kisah kini dan lalu. Akak Shahriah pun ada berkongsi tentang pengalaman beliau semasa menyertai Masterchef Malaysia.Banyak kenangan manis dan pahit dialaminya.Antara entry terbaru yang saya suka baca ialah kisah tentang kisah di kebun rambutan . Rambutan terbakor.Kisah yang menarik untuk dibaca.

No.30

PercuTIan BUdGet tetapi cukUp MenaRik! JimaT bElanJA JanjI PUas HatI...:):):)

Blog ni banyak dikongsi kenangan semasa akak Shahriah pergi bercuti
Siapa nak pergi bercuti tu ,boleh lah skodeng blog ni dulu . Tengok mana tempat yang  menarik ye.





Jom Bermarathon bersama Peserta Masterchef Malaysia



Hai...kali ni aku nak join kuiz yang sangat ohsemm .Bertambah ohsemm kerana kuiz ini dianjurkan oleh peserta Masterchef Malaysia dan novelis tau.
 'Lebih Ramai, Lebih Meriah Dunia Blogging Kita Semua, Ya, Giteew :-D'


Kalau nak join tekan banner atas tu.Syarat-syarat semua ada kat situ.

Soalan kuiz terkumpul:


1)

2)

3)

4)

5)

6)

7)

8)

9)

10)

11)

12)

13)

14)

15)

16)

17)

18)

19)

20)

21)

22)

23)

24)

25)

























                      
  

Tuesday 24 July 2012

Perkahwinan Muda Syafiq & Yana Cetuskan Fenomena!




Sekarang ini, video satu majlis perkahwinan pasangan muda yang hanya dikenali sebagai Syafiq, 16 dan Yana, 14 tersebar meluas di ruang internet terutamanya di laman You Tube.

Video perkahwinan mereka memang mencetuskan fenomena kepada semua orang.

Video itu baru sahaja dimuat naik ke laman You Tube pada 11 Julai lepas tetapi sudah pun menerima kunjungan sebanyak  206,625  dari penonton.

Haduii, terkesima ku melihat video ni.Pengantinnya tak nampak macam umur 16 & 14 pun.Mungkin zaman sekarang ni nampak macam peliklah sikit.Kalau dulu-dulu oklah.Susah nak jumpa orang nikah usia muda macam ni sekarang,lebih-lebih masih belajar.

Di dalam Islam sendiri, Islam sememangnya menggalakkan penganutnya untuk mendirikan rumah tangga di usia muda.
“Barang siapa di antara remaja berkahwin dalam usia muda ,maka menangislah syaitan . Dan ia (syaitan) mengeluh, “Aduh celaka aku, agamanya telah dipelihara dari godaanku .” HR. Ibnu ‘Addi.
Berdasarkan hadis di atas, jelas menunjukkan berkahwina muda dapat mengelakkan diri dari di goda dengan segala macam godaan syaitan yang memungkinkan diri kita melakukan maksiat.



p/s: umur pengantin perempuan tu sama ngan umur aku lah!! 
14 tahun.Masih di tingatan 2.




Sunday 15 July 2012

Bagi Pendapat Boleh?

                                                    
                                                       
                                                       Nak tanya boleh tak ni?? 
Apa pendapat korang tentang blog aku nih. Loading dia cepat atau lambat eh??
Macam mana ngan design blog ni?? Ok tak?? Kalau tak ok, aku dah takboleh nak buat apa,sebab aku tak reti nak hias blog ni.


Korang rasa kenape blog ni pinky sangat eh ( dulu lagi pinky tau...) ?? Aku pun tak tau  sebab aku ni bukan pinky girl. Favourite colour aku biru laut ngan hijau epal dan warna yang lembut- lembut gitu.


Siapa nak tolong hias blog ni angkat tangan tinggi-tinggi, kasi aku nampak ya.






p/s: dengar lagu kejap. Kasi relak skit ye.







Friday 13 July 2012

Review: Kahwin Ganti | Novel 1


Novel yang menjadi pilihan untuk 'direview' kali ni adalah Kahwin Ganti karya Aifa Batrisya.
Novel ini adalah terbitan Karya Seni.Kebanyakan  novel terbitan Karya Seni memang best belaka. Aku dah lama habis baca cuma baru nak review je.


 Jom baca sinopsis Novel ini.

Luqman Hakim
Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!

Nuqman Hakim
Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!

Mya Zara
Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya.

“Awak suka saya tak?” – Mya Zara

“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim

Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.

“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim

Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?



*********************************

Bagi aku novel ni sangat menarik. Dalam ni tak de pun musuh-musuh macamyang terdapt dalam kebanyakan novel lain. Dari segi penceritaan, memang lain dari yang lain.

Selalu  perempuan yang jadi pengganti tapi dalam novel ni lelaki yang menjadi pengganti semasa hari pernikahan. Mula-mula baca keliru jugak kenapa Nuqman Hakim tinggalkan Mya Zara pada hari pernikahan diorang sedangkan dia cintakan Mya Zara.

Persoalan dalam novel ni kenapa Nuqman Hakim menghilangkan diri pada hari pernikahan?Adakah Luqman Hakim akan menceraikan Mya Zara? Siapakah yang menjadi pilihan Mya Zara?

Nak tau kena la beli. Aku kasi 4 bintang untuk Kahwin Ganti. Kalau panjangkan sikit jalan cerita dia baru best.

Aku minat watak Luqman Hakim .So sweet.Kawan-kawan aku yang baca semua puas hati dengan novel sampaikan nak pinjam pulak untuk baca kali kedua.

ini adalah blog penulis Kahwin Ganti.




5th OhMyEnglish Giveaway by Farain

                                                      



tag
Q | P

Tarikh Tutup
28/7/12

Friday 6 July 2012

Review: Hanya Aku Cinta Kau Seorang (HACKS) | Filem 2


Hai semua..!!!
Aku baru je habis tonton citer HACKS ....download je
Citer banyak sebut isu cinta tapi tetap best lah


Bab yang tacing -tacing dalam filem ni masa anniversary
Mukhlis ngan Murni .
Kesian ngan Si Mukhlis tu


Bagi aku citerni memang best lah
Tabik Spring skit!!

Tapi ada beberapa babak , pelakon seksi sangat
Pergaulan diorang pun nampak cam bebas sangat

Masa ending tu boleh lh korang nak titiskan air mata korang yang mahal sangat tu
Sedih giler ending dia (copp.. aku tak nangis )
Kalau ending Murni bahagia ngan Mukhlis kan best


Unik lam citer ni ada kisah Cinta Platonik, Cinta Platonik ialah jalinan kasih sayang antara seorang lelaki dan seorang perempuan tanpa sebarang tarikan seksual mahupun fizikal

RATING 
5/5

Lagu dia best...


******************
Sinopsis

Filem ini mengisahkan seorang wanita yang bernama MURNI yang sedang dalam kembara mencari ‘soulmate’. Murni dipaksa oleh kawan baiknya, MUKHLIS dan STACY untuk mencari teman lelaki di dalam sebuah laman sesawang ‘Meet Soulmate’. Walaupun Murni tidak mempercayai lelaki yang dikenali di dalam internet, namun kerana paksaan dia menurut. Murni sebenarnya menyukai Mukhlis, sahabat sehidup sematinya tetapi kecewa kerana dia menyangka Mukhlis homoseksual yang sedang bercinta dengan AYIM.

Dengan galakan dari Mukhlis dan Stacy, Murni akhirnya menemui seorang lelaki bernama IQWAL. Murni menyenangi Iqwal, namun satu insiden telah menyebabkan Murni tersalah anggap yang Iqwal juga seorang homoseksual. Murni merasa sangat kecewa dan berputus asa terhadap lelaki, apatah lagi apabila dia mengetahui tentang kecurangan FELIX, suami Stacy.

 ZIZI, adik kepada Iqwal bersungguh-sungguk menjejaki Murni untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kerana dia mengetahui yang abangnya telah jatuh cinta pada Murni. Ketika inilah Ayim pula tampil dan menjelaskan pada Murni yang Mukhlis sebenarnya bukan songsang seperti yang disangkakan oleh Murni selama ini. Mukhlis amat mencintai Murni namun dia tak mahu berterus terang kerana dia takut akan kehilangan Murni.




Thursday 5 July 2012

Presentation Sejarah

.
Aha...
lama kan aku tak buat entry
tak menyempat lah nak buat entry + takde idea
2 hari ni nasib tak banyak kerja sekolah yang cikgu bagi 
cuma nak kena siapkan kertas untuk presentation sejarah je
lepas tu kena hafal Bm lak untuk oral punya

tajuk present sejarah group aku senang je
Yamtuan Antah & Dato' Bahaman
Hensem tak??

hihihi....

dato' Bahaman

Gambar curi dari Pak Cik Google