Saturday 9 April 2016

Al- Wahn

Aku leka,
aku dijangkiti sifat Al-Wahn,
aku terlalu asyik dengan dunia,
sedangkan aku sendiri tahu akan wujudnya akhirat.

Aku bangga dengan apa yang dimiliki di dunia ini,
aku terlalu gembira,
sehingga aku alpa,
Aku lupa pada Pencipta ku,
yang boleh merampas kegembiraanku bila-bila masa,
dan bertukar menjadi kesedihan.

Duhai sahabat,
Sedarkan aku. . .ingatkanlah aku
kepada Pencipta kita
supaya aku tidak terpesong terlalu jauh

Bimbinglah aku,
yang semakin menjauh dari Yang Maha Esa,
gapai tanganku erat-erat,
supaya aku tidak kembali ke masa lalu.

Friday 8 April 2016

Hanya Manusia Biasa


Aku merungut. . .aku menangis,
bila aku ditimpa kesusahan
aku mempersoalkan,
kenapa aku yang perlu menghadapinya

Sedangkan aku tahu,
ada yang sedang berhadapan
dengan kesusahan yang lagi parah.

Aku tidak menyalahkan takdir,
aku tahu,
aku sepatutnya bersyukur,
kerana aku hanya ditimpa kesusahan yang amat kecil
berbanding orang lain,
tapi,
aku tetap tewas bila aku diberi ujian sebegini 
oleh Yang Maha Esa.

Alasan aku,
aku hanya manusia biasa,
yang bisa tewas dengan ujian sekecil ini.

Kini,
aku cuba mengubah diri ini,
supaya tidak mudah tewas dengan sebarang ujian.
Doakan aku.


 Amirah Halim