Saturday 22 March 2014

Review Novel : Katarak

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

First time tau pasal novel ni lepas baca suratkhabar Utusan. Ada review skit pasal novel ni. Disebabkan aku ni memang orang yang jenis mudah terpengaruh so senanglah terpengaruh ngan review novel tu walaupun pendek ciput je.Disebabkan aku ni kedekut,memang takkan lah nak beli novel ni.Ni pun nasib baik jumpa kasi perpustakaan.Pinjam pun guna kad pss kawan.Hahaha


Sinopsis
Suasana universiti yang aman damai tiba-tiba kucar-kacir. Segala-galanya jadi kecoh dan heboh. Seorang demi seorang rebah dengan skandal-skandal yang menggegarkan kampus. Sehinggalah salah seorang daripada mereka dibelasah sehingga koma.

Siri kejadian yang menimpa mereka itu amat meragukan. Ia bukan kebetulan tetapi dirancang dengan rapi. Zamri melakukan penyiasatan untuk mencari kebenaran biarpun berdepan halangan. Apa yang dia temui di setiap fasa penyiasatan itu amat mengejutkan. Muslihat apakah ini? Makin disiasat, masalah itu makin berselirat.

Komen Mirah:

Bab awal novel ni slow skit.Jujur aku cakap, aku terpaksa bersabar dari skip bab awal novel ni.Sebabnya, boring yang amat (maaf,terlalu jujur di sini).Aku asyik tertunggu -tunggu bila nak mula konflik ni.Rasanya dalam m/s 100 lebih baru nak mula skit masalah.

Bila start bab dorang hadapi konflik baru rasa macam seronok plak.Seronok sebab buat aku berfikir siapa yang jahat sebenarnya.Mula-mula rasa dia ni lepastu rasa dia tu plak.Hish.Memang buat aku rasa nak belek/tengok ending macam mana tapi nasib baik aku ni sabar.Nanti takseronok kalau dah tau ending.Ada jugak lah yang aku teka betul(yahooo!!).

Aku mula baca novel genre ni sebab Ramlee Awang Murshid.Ramai cakap novel dia best-best(memang best pon) .Jadi, aku macam bandingkanlah novel Katarak ni dengan karya RAM. Gaya bahasa or gaya penulisan(aku taktau yang mana betul ke salah dua-dua ni) Katarak bagi aku tak berapa menarik.

Apepon, novel Katarak karya Fitri Hussin ni still menarik. Aku bagi 3/5 .