Friday 28 November 2014

Mudahnya Tersebar

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Dengan kemudahan internet sekarang ni, segalanya mudah tesebar.Klik klik dan klik. Satu dunia dah boleh baca.Sekarang ni hadis palsu dan taksahih mudah sangat tersebar.Yelah, dah semua dukpakat copypaste je.Tak check pun yang hadis tu betul ke palsu.

Dulu aku pun macam tu jugak.Nampak macam betul je mesti gatal tangan nak copy.Konon nak dapat pahala kan walhal kalau yang kita duk sebar tu hadis palsu, kita dapat dosa je.Aku taksedar pun sampailah aku terbaca status fb seorang ustaz *seingat aku* dan ustazah pun ada cakap juga dosa.Sejak dari haritu memang aku dah tak copy dah kecuali yang aku betul-betul pasti.

Ada sesetengah tu tulis siap, "korang dah berjanji dengan nama Allah.Kalau tak disebarkan kepada orang lain, korang akan terkena bala,"  lebih kurang macam nilah.Dah macam surat berantai kalau tak sebar kena bala.Ada satu lagi ayat, "Nabi Muhammad  bersabda: sebarkan walaupun sepotong daripada ayatku..syaitan bisik;tkpayah copy buangmasa saja.", kita yang taktau apa-apa dan naif nipun pergilah copy sedangkan semua tu hadis palsu.Yelah, kalau tksebar cakap ikut syaitan plak.

p/s: kalau ada tersalah tulis tolong tegur ya.

Thursday 27 November 2014

Mengadulah Kepada Allah

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Lately ni tetiba je kepala otak ni rasa berat sangat. Rasa macam terbeban je. Macam banyak sangat benda yang kena pikir sampai aku taktau apa yang aku pikir.Seriously penat, nak nangis takboleh, tak keluar pun airmata *selalu klau aku nangis sikit baru rasa lega*.

Ada sekali tu sampai tak khusyuk solat sebab mcam2 masuk dalam fikiran. Allah. Masa tu rasa macam sedih je. Sampai satu masa tu, aku rasa macam nak mengadu kat kawan.Tak mampu nak tanggung sebab makin pening. Tapi aku tangguh dulu niat tu. 

Lepas solat maghrib, aku terfikir, kenapa aku tak mengadu kat Allah je.Allah kan sentiasa ada untuk kita.Lepas aje mengadu segalanya kepada Allah memang rasa lega sangat.Alhamdulillah.

p/s: Ujian datang berserta hikmahnya yang tersendiri.Hikmah yang kita sendiri takpernah sangka dan sangat unik. Ujian tu untuk mendekatkan lagi diri kita kepada Allah krn kita sentiasa lupa.

Tuesday 25 November 2014

Bila Dipaksa ke Sekolah Hari Terakhir

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Nak dijadikan cerita, masa last day sekolah haritu boleh plak cikgu suruh budak f4 ni pergi sekolah ambil kerja rumah terancang sempena cuti ni.Kononnya sapa yang tak hantar kerja rumah tu masa daftar thn dpn tkleh nak daftar.

Macam semua sedia maklum, kawasan pantai timur ni selalu hujan lebat sampai sesetengah daerah tu banjir *tmpat aku tkbanjir*. Aku dengan gigih pergilah sekolah walaupun hujan tengah lebat.Marahlah jugak sebab tkbagi kerja rumah tu awal2. Kesian dekat budak kena redah hujan.

Kali ni cuma nak cerita kononnya gigih pergi sekolah masa hujan lebat

Monday 24 November 2014

Bila Cuti Datang

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Setelah sekian lama aku tak up entry terbaru kat blog, terasa sunyi sepi plak. Tambah lagi , tengah cuti sekolah ni.Yeah,cuti yang amat panjang *nama pon cuti akhir thn*sebulan lebih gitu.

Makanya, aktiviti harian aku telah bertukar serta merta. Dah tak payah nak gosok baju sekolah, pergi sekolah, buat kerja sekolah dan sebagainya lagi yang berkaitan dengan sekolah.
Kadang boring jugak cuti ni,sebab kitakan dah terbiasa dengan aktiviti sekolah walhal masa sekolah merungut letih,nak cuti. Fitrah budak sekolah.