Friday 27 December 2013

Review Page Jelitawani's

   Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Nak review sikit pasal page Jelitawani's  ni. Jelitawani's  menawarkan pelbagai jenis tudung dan selendang yang seiring dengan peredaran masa kini.Terdapat pelbagai corak tudung bawal dan selendang yang menarik dan berkualiti  ditawarkan pada harga yang berpatutaan.

Antara koleksi tudung bawal dan selendang yang ditawarkan :





Kini, Jelitawani's menampilkan 3 jenis baju sebagai pengenalan.

Lacey Cardigan:


 Plain Cardigan:




Tribal Blouse:




Selain itu, Jeltawani's turut menawarkan pelbagai jenis Inner.Antaranya, Inner 2 Tone, Inner Neck Lycra, Inner Neck Satin, Inner Magik dan juga Inner baju.





Oh ya, sekarang ni, Jelitawani's sedang mengadakan Year End Sale.Cepat rebut peluang ni untuk mendapatkan barang yang anda mahu.










Friday 20 December 2013

Result !

                                                        Assalamualaikum w.b.t dan hai ! 

*Entri ni sangat panjang macam karangan PMR. Sila tekan x kalau dah rasa nak menguap !


Sila sebut title tu tiga kali ya. Malas nak taip banyak-banyak. Orang lain kemain laju lagi update entry pasal result diorang and me, sentiasa ketinggalan sikit (sikit je). Jom mulakan cerita yang amat dramatis ni.

 191213. Tarikh ambil result. Kemain awal saya bertolak kelmarin , pukul 10:30 pagi lagi dah bertolak. Tupun ingatkan dah lewat sebab dengar kata result keluar dalam pukul 10 lebih-lebih sikit. Aku pergi dengan kawan. Kitorang pergi jalan kaki je, sihat sikit kan. Sampai sekolah result belum keluar lepastu main-main sekejap then pergi beli air (dahaga tau tunggu lama-lama ni).

Ada jugaklah yang cek guna sms. Aku memang taklah sms ni, tak feeling k. Bila dah nampak orang masuk dewan amik result terus aku dan geng pergi.FYI kitorang takde duduk atas kerusi lama-lama nak  tunggu nama kena panggil , masuk tu truih pergi kat meja yang guru kelas duk .Then, tunggu dia panggil nama jugaklah sebab ada yang tak habis bayar yuran kan.

Mula-mula masuk tu, terkezuttttttt aku.Yelah ,dah ada yang terlampau excited sampai menjerit kuat gila.Nasib baik aku takde penyakit jantung.Oh, sebelum masuk dewan tu ,aku ada ternampak chinese girl ni, menangis sampai nak rebah. Maybe result dia tak macam yang ditarget.Dia pun pandai jugak. Sambung cerita tadi, lepas dengar bunyi menempik kuat terus aku keluar (menyampah kot, taulah excited sebab dapat straight A's).

Masuk plak kali kedua, truih nama aku kena panggil and me, 'huh?'.Nampak diorang yang dekat situ macam gembira semacam je panggil nama aku.Aku pergi dekat ustazah ,amik dan tengok result. Alhamdulillah.Tu je yang aku mampu ucap.Taktau nak buat reaksi macam mana, sedih ke gembira. Yep, seriously aku gembira dalam sedih.Aku target 6A/7A je. Orang lain mungkin gembira tapi bukan aku.For me, dugaan yang datang dalam bentuk kesenangan selalunya susah kita nak hadapi. Kot-kot tahun depan jadi pemalas ke. 

Susah nak percaya aku dapat banyak ni. Dari F1-F3 memang takpenah ah.Paling tinggi pon masa trial hari tu, 6A.Sebab tu aku memang tak taruh harapan tinggi sangat .Lagipun kalau boleh straight A ni orang akan expect yang lagi baik dari kita bila SPM. Ni buat aku bimbang kalau SPM aku tak berapa baik.Walau apepun, kita tak boleh menidakkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah untuk  kerana itulah yang terbaik untuk kita.


Tahniah untuk semua calon PMR 2013 semua.Tak kiralah result korang berapa pon sebab semua tu hasil usaha kita .Sekarang siap sedia untuk peperiksaan yang paling penting plak ,SPM. Good Luck SPM 2015.

p/s Alhamdulillah got 8A PMR

Thursday 21 November 2013

Tersentuh baca tentang arwah

                                             Assalamualaikum w.b.t dan hai !

                       Untuk baca tentang arwah boleh tekan SINI


Mula-mula keluar cerita pasal arwah Ammar, saya ignore je. Ingatkan pasal apa. Tapi tiba-tiba terbukak hati nak tahu kenapa sampai kecoh dunia siber ni pasal arwah. Baru baca sikit memang tersentuh sangat hati ni.

Arwah baru umur 20 tapi agamanya memang hebat sampaikan ramai orang menitiskan air mata masa kematian arwah.Memang menitis air mata tengok video pasal arwah. Allah. Walaupun masih muda tapi arwah dah pergi ke banyak negara dengan tujuan membantu rakyat disana.

Walaupun arwah dah tiada tapi kisahnya dah banyak menyentuh hati kebanyakan masyarakat. And maybe ada yang akan berhijrah ke arah yang lebih baik. Saya pun dah simpan niat bila tiba hari yang sesuai saya akan berhijrah menjadi lebih baik dari sekarang. Menjadi muslimah yang solehah yang akan menjunjung tinggi martabat seorang wanita. In sha Allah.

p/s: Jikalau saya tersalah tulis, maafkan saya. Segala salah dan silap datang dari saya dan yang baik dari Allah 

Friday 15 November 2013

Cuti Cuti Cuti

                                                           Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Cuti sekolah dah mula, Yeay. Tak happy sangat sebab boring je duk kat rumah. Cuti ke tak cuti, seminggu skali mesti pergi sekolah. Terbukti kerajinan disitu .Haha. Pergi sekolah pun sebab ada latihan je kalau tak nantihari amik result baru jenguk sekolah. Kecewa jugak bila tahu tarikh keluar result hujung bulan 12, lambat sangat. 

  Pada yang memohon ke sekolah lain tu , saya ucapkan selamat berjaya. Saya still kat sekolah sama. Malas nak bertukar-tukar sekolah ni. Harap kelas tahun depan aman je macam tahun ni. Sekolah mana pun tak kesah asalkan disiplin jaga pasti berjaya.

1st day cuti, saya sahut saranan KKM untuk berjalan kaki 10,000 langkah. Poyo je semua tu. Berjalan biasa je sebenarnya. Cuti ada dalam sebulan lagikot, jom isi dengan perkara berfaedah.

Sunday 10 November 2013

Penghujung Tahun

                                                   Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Tajuk macam dah hujung tahun sangatkan walaupun takmasuk bulan 12 lagi. Apepon tahun ni mungkin tahun antara yang terbaik. Macam kenangan pahit dan manis  yang telah dilakar. 

Walaupun tahun ni PMR tapi tahun ni paling aktif berbanding tahun lain. Sekarang ni masih lagi duk tunggu result PMR yang mungkin lambat lagi kot nak keluarnya. Takmo berharap sangat takut kecewa nanti. Kalau result biasa-biasa pon dah takde masalah. 

Tahun depan dah nak masuk F4. Sometimes, terpikir jugak macam tak percaya budak pendek ni dah nak masuk form4. Pendek je mesti tak macam f4 lansung. Harap tahun depan happy je macam tahun ni. Paling malas skali nak naik f4 sebab kena pakai kasut putih. Ala, mesti cepat kotor ni.

Thursday 10 October 2013

Exam Free

                                                   Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Lama dah tak aktif berblog ni. Sekarang baru jeada kesempatan nak main-main. Exam PMR bagi saya susah jugak .Bagi yang bijak tu mungkin senang kot. Saya memang tak taruh harapan tinggi takut kecewa nanti. 

Habis PMR ni memang taktau nak buat apa.Sangat boring. Lupa nak bagitau yang hari ni dah hari kedua lepas exam. Happy jugak tapi rasa macam berdebar bila tengok form5 , rasa macam saya plak yang nak ambil SPM.

Kelmarin ,hari pertama lepas exam dah cipta sejarah buat diri ini sendiri( hehe. .ayat) .Lepas ni akan bermain dengan berhati hati .Takmo jadi macam lagu sejarah pasti akan berulang (betul ke tajuk ni?) .

kbye. 

                                               

Wednesday 4 September 2013

Bahasa Arab Asas

                                                                  Assalamualaikum w.b.t dan hai ! 

1. Salam ukhwah fillah - salam persahabatan kerana Allah 
2. Ukhti - kakak atau saudara perempuan
3. Akhi abang atau saudara lelaki
4. Zauj - suami
5. Zaujah - isteri
6. Assif jiiddan i'm really sorry
7. Syukran -> Afwan -terima kasih - sama-sama
8. Ukhuwwah fillah abadan abada - persaudaraan kerana Allah selama-lamanya
9. Fa'iza 'azamta fatawakkal'alallah setelah kamu berazam maka bertawakkal lah
10. iinni akhafullah - sesungguhnya aku takutkan Allah
11. Mafi qalbi ghairullah - tiada apa di dlam hati selain Allah
12. Lau samahta - excuse me
13. Naltaqi ghadan - kita jumpa lagi esok
14. ilalliqa' - Moga bertemu lagi
15. Syafaakallah - Moga Allah menyembuhkan awak –( lelaki)
16. Syafaakillah -Moga Allah menyembuhkan awak – (perempuan)
17. Taffadhol - silakan
18. La aadri - saya tak tahu
19. Ma fi musykilah -tiada masalah
20. Bitaufiq wannajah semoga mencapai kejayaan
21. jazakallahu khairan kathira  Semoga Allah memberi/menambah kebaikan yg banyak kepadamu
22. Wa iyyaka - dan ke atas kamu juga (jawapan utk jazakallahu khaira nkathira)@Allahukhairujaza' - Allah adalah sebaik-baik pemberi
23. fahimtu - adakah anda faham ?
24. Fahimna - kami telah faham
25. Sobahalkhair - selamat pagi
26. ijtahid wala taksal - bersunggguh-sungguh dan janganlah kamu malas
27. La tahzan innallaha maana - Janganlah bersedih , sesungguhnya Allah bersamamu .
28. Kafaa bilmauti waa-'izhan -cukuplah kematian itu menjadi peringatan
29. Bi idznillah, Inshaallah kull khayr ! Ameen barakallahu fiek - dengan izin Allah , inshaAllah semuanya baik ! Aamiin , semoga Allah merahmati kamu
30. Masa ul khair - selamat petang
31. Tushibu 'alal khair -selamat malam
32. Na'am - Ya
33. Yallah yallah bisura'h - mari-mari cepat(lekas2)
34. Ismalih ya ustaz / ustazah uridu an azhaba ilal dauratul miah? -tumpang tanya wahai ustaz/ustazah , bolehkah saya ingin ke bilik air ?
35. Sannah helwah - happy birthday
36. Ana aidon - saya juga
37. Maas salamah -Selamat tinggal
38. Alaa khoirin wa afiyyah - dalam keadaan baik dan sihat
39. Nin sain?  kamu ada dimana ?
40. Ayyuhidma alaik apa yang boleh saya bantu
41. Barakallahu fik Semoga Allah memberkati kamu
42. Dai'e  pendakwah
43. Allah ghoyatuna Allah tujuan kami
44. Ar-Rasul qudwatuna Rasul teladan kami
45. Al-Quran dusturuna  Al-Quran panduan kami
46. Al-Jihad sabiiluna Jihad jalan kami
47. Al-Mautu fi sabilillah asma amanina syahid cita tertinggi kami
48. Innallaha ma'ana sesungguhnya Allah bersama kami

Sunday 1 September 2013

Perempuan Memang Suka Berangan eh?

                                                         Assalamualaikum w.b.t dan hai !


Masa form1 dulu adalah seorang akak usrah ni. Dia cakap (berdasarkan dia baca fakta ke apa tah dh tak ingat) orang pompuan ni memang suka berangan. Dia pon sama . Akak ni cakap yang dia berangan tak kira masa oii. Hissh, samalh macam saya. Tak kira masa, tak kira lah tengah buat apa, memang saya akan berangan .

  Tapi,rasanya bukan semua kan kan kan? Kot-kot ada jugak pompuan ni tak suke berangan (tak mustahil okeh) . Hah lagi satu , lelaki pun ada jugak yang suka berangan ok ,bukan pompuan je . Tapi kebanyakan perempuan lah yang suka berangan ni .


    Kbye.

Friday 30 August 2013

Setiap yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya

                                                        Assalamualaikum w.b.t and Hai !

Dah lama tak update new entry , baru terbukak hati ni untuk update entry baru. Yeah , semua orang tau yang setiap perkara berlaku pasti ada hikmahnya yang tersendiri kan.

Dulu saya buat donno je dengan frasa tu. Sejak naik form1 baru tau yang frasa tu memang betul. Things happen to me and I was just..why it happens to me? Okay , saya ni manusia biasa je pun ,amik masa untuk belajar . Saya pun pikir punya pikir kenapa semua ni berlaku kat saya .Amik masa beberapa bulan jugaklah untuk faham hikmah yang tersembunyi.

  Now, saya dah faham tentang hikmah itu. Saya belajar untuk bersabar skit walaupun takdelah sabar mana ,belajar tak tuduh orang melulu tapi kadang-kadang  tu ade jugak lah.

 Sekarang, kalau ada perkara yang terjadi , saya akan pujuk diri sendiri dengan frasa tu walaupun susah jugak nak terima kadang-kadang tu sebab saya pun manusia biasa.

Dah lama nak update entry ni tapi asyik tertangguh disebabkan kemalasan yang melanda diri ini. Mungkin ada yang tak paham dengan entry ni sebab saya tak bolehlah nak cerita dengan detail pengalaman saya  tu .

p/s: English saya mungkin salah skit sebab saya tak reti mana

Thursday 14 February 2013

Wanita Malaysia paling ramai curang

                                                                   Assalamualaikum w.b.t

Okeh. Serius aku terkejut bila jumpa artikel pasal ni. Tak pernah ku sangka. Tapi bukan semua wanita curang tau. Jangan kerana nila setitik rosak susu sebelanga . Segelintir je yang perangai macam ni .

Artikel Penuh Baca Sini


Saturday 2 February 2013

Taekwando

                                                                   Assalamualaikum w.b.t

Tahun ni aku amik keputusan masuk persatuan taekwando.Sebenarnya , dh lama aku minat seni pertahankan diri ni tapi sekolah lama aku dulu tak aktif mana persatuan gini.

Setakat ni dah 2 kali practice.Memang seronok  blajar benda ni.Belajar pun untuk keselamatan diri jugak. Sediakan payung sebelum hujan.



Baju taekwando aku.Tali pinggang putih baru. Kitorang bernaung bawah WTF.
Takleh cite banyak.

kbaii.

Friday 1 February 2013

Hello Februari ! !

                                             Assalamualaikum w.b.t

                                         Hello Februari ! !

Dah lama aku tak update blog ni.Rasanya dah 2 minggu kot.Menaip kali pertama dalam bulan Februari 2013. Di kesempatan ni ,aku nak wish b'day tuk kawan aku Husna Izzati ngan Nik Ernie ,,Hepi B'day korang.

Dalam tempoh sebulan skolah ni dah mcam-mcam berlaku.Rasa macam dah skolah 3 bulan.
Pahit,manis semua ada. FYI ,sekarang ni ,lam kelas aku ada drama swasta.First time ada.Syok tengok dorang buat drama.

 kbaii

Thursday 10 January 2013

OFFICIALLY 15

                                                         Assalamualaikum w.b.t

Yay! Officially 15. Terima kasih kepada rakan Fb yang wish B'day aku. 1001,molek betul tarikh aku lahir. Tarikh ni aku kongsi ngan rakan pompuan kelas aku. Walaupun kami lahir hari yang sama tapi kami memang berbeza. Dia sangat pandai ,baik etc.

Bermula semalam, aku dah jadi calon PMR yang amik Bahasa Arab. Semua sebab peraturan baru sekolah yang mewajibkan kelas KRK A amik Arab. Kami semua 35 orang.Jumlah sebenar yang amik Arab dengan RELA hanya 8 orang.


Saturday 5 January 2013

Aku Pilih 8

                                                        Assalamualaikum w.b.t

Aku buat keputusan untuk pilih 8 subjek je untuk PMr.Bahasa Arab aku tak ambil sebab tak berani nak ambil risiko. Aku tak pandai Arab. Kot-kot nanti boleh C.Wah ,rosak result gitu.

Tuesday 1 January 2013

Entry 2013

                                   Assalamualaikum w.b.t


Entry pertama untuk tahun ni.Hari pertama jugak di sekolah.Tahun baru dengan harapan yang baru.

kbye.