Friday 31 August 2012

RAya Sekolah | Entry Bergambar

                                                                  Assalamualaikum
mukadimah dlu,,kite bru blajar mengedit*


Jamuan raya kat sekolah dah lama berlalu *cam lagu aizat ,,pergi~ Macam-macam pesyen tudung,selendang , baju *kelassss kau Jah. Yang non-muslim plak ,ada pkai baju kebaya*kelas gtu kebaya dorang , baju kurung*sweet je aku tengok dorang pkai baju kurung ,baju Melayu*yang ni tak leh blah,,ehcem wei,berbaju sukan pon ada.

Acara tentulh dimulakan ceramah cikgu*boring ,,,aku xdengar pn cikgu cakap dalam 1 jam lebih.Cikgu membebel ,murid pon membebel jugak.Sampai sakit kaki ni duk tunggu cikgu abis berucap.Dah lah duk bersila lak tu.

amik gmbar kat cermin keta cikgu.Nasib xde debu mana.
Sementara menunggu  makanan siap.*


Lepastu makan nasi ngan lauk.Air wajib ada*mampus aku xde air,tercekik wo0.Biskut ada cikit je.tak sempat nak rembat.Dapat lah aiskrim 1 mangkuk kecil

.Nak pergi amik satay,tup tup kupon hilang.Tak pe,tak menyesal pn tak makan satay.Aku cuba sikit kawan aku punya.Perrggghhhh.Satay dia .Penuh serai melekat mcm satay berbulu pn ada.tak selera aku.Kawan aku yang dua orang plak makan pnuh selera.Orang lain semua tak nak ,dorang nak.Sumpah tak mau dah mkn satay berbulu tu. Geli wo0.


sapa nak gantung diri bleh lah guna tali ni ye.

Lepas habis mkn ,kitorang lepak dalam kelas.Yelah , dh tak boleh balik lagi.




buat pertandingan selipar sekejap. 

yang ni sempat nak edit .

Pukul 11:15 kitorang balik .Tapi bukan ke rumah terus,ke bandar dulu .Jalan-jalan cari makan*cari air sbenarnya,,dahaga .3 orang je yang pergi,,yang lain dah balik rumah and asrama.
Letih giler jalan .Kasut pun jadi haus.Pukul 2 sampai rumah.

xsempat nak edit*

Kesian. Dah haus dia.ahaks.Balik rumah kaki melecet skit.Nasib tak kuat sangat melecet tu.

P/s :tolong tekan





Thursday 30 August 2012

Selamat Hari Merdeka ke 55

                                                Assalamualaikum


Merderka! Merdeka! Merdeka!
Perkataan ini telah dilaung oleh Tunku Abdul Rahman di Stadium Merdeka menanandakan telah bebas dari penjajah.

Pagi tadi aku sempat tengok siaran langsung perbarisan sempena kemerdekaan di tv3.
Seronok tengok orang buat perbarisan. Salute habis kat diorang.Aku memang tak minat ngan perbarisan ni tapi bila tengok orang buat ,rasa seronok plak.Kemas perbarisan diorang.

Meriah betul sambutan taon ni.Time nyanyi tadi ,PM kita pon nyanyi jugak.Tangan tu siap bergerak-gerak lagi.Terbaik lah PM!

Yang datang berpakaian bendera pon rmai.Semangat merdeka btul korang ni.Sempatlh Ally Iskandar pergi temuramah orang yang berjiwa merdeka ni.Salah sorang penjaga stor istana lama(tak silap akulh ).Gaya macam arwahyarham sudirman . Pakaian  semua dari Jalur Gemilang,songkok pon masuk skali.Sorang lagi ni memang aku tabik spring gitu. Walaupun 

berkerusi roda tapi memang dia berjiwa merdeka gitu.Datang sorang diri plak tu ,tak 

menyusahkan orang lain pn.Patriotik weh.

Kita kena lh bersyukur sebab negara kita dah merdeka.Tak macm negara lain yang msih berperang lagi.

P/s:Ayat skema habis.



Friday 17 August 2012

PMR CANDIDATES 2013 2ND GIVEAWAY BY SYAKIRAH


JOm join
tag semua pembaca .,.,

TARIKH TAMAT - SETELAH MENCECAH 150 PESERTA !



Menjelang AidilFitri



Lama dah tak jenguk blog ni.Nasib baik tak bersawang lagi.
MENJELANG AIDILFITRI Topik untuk hari ni .Nyanyi lagu raya dulu ya.


Siapa yang belum buat lagi persiapan raya,,angkat kaki.Tak de idea nak tulis ape cuma nak ucapkan
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN...



Friday 10 August 2012

Review:Awak Suka Saya Tak? |Novel 2


Setelah lama tak update blog , hari pilih nak review novel je.  Novl pilihan ialah Novel Awak Suka Saya Tak? trbitan KaryaSeni.

Sinopsis:

Kisah kasih sayang di antara Hilman Yong kacukan Korea - American - Cina dan Intan Zulaikha. Mereka sangat berbeza tetapi kerana perbezaan itulah mereka berjodoh. Malangnya, kesampaiankah jodoh mereka apabila Hilman Yong seorang yang baru mengenali Islam lebih mencintai Islam dari Intan Zulaikha yang sememangnya dilahirkan Islam dari keturunan lagi berselisih faham kerana ego seorang Intan.

Muncul pula Damien Yong yang sentiasa menyesakkan dada Intan Zulaikha dengan aksinya yang daring, sexy, nakal dan menggoda. Intan terpaksa bersabar dengan Damien semata-mata untuk mendapatkan semula Hilmannya…seorang hamba Allah yang penuh kesabaran dan kesopanan.

Hilmanku…sifuku…kekasihku…Kembalilah…

" Saya tak pernah tinggalkan awak. Walaupun awak jauh, saya dapat melihat awak. Walaupun awak jauh, saya dapat merasa kehadiran awak. Walau pun awak jauh, saya dapat mendengar awak. Saya sentiasa di sisi awak. Awak sentiasa di sisi saya, di sini…"
Hilman Yong

" Don’t worry, I won’t kiss you. Saya tak cium sembarangan gadis. Saya tak ada selera dengan gadis biadab dan sombong seperti awak. Cik Zulaikha….saya nampak kehampaan di wajah awak. You really want me to kiss you. I can feel it. I can see it. From your eyes… your lips. Tetapi seperti saya cakap tadi, saya tak selera dengan orang biadab. Ciuman saya tidak semurah itu. Hanya untuk gadis yang bertuah dan terpilih saja." 
Damien Yong

" Saya akui saya gembira bersama Mr Damien..saya tak boleh menyembunyikan perasaan saya……tetapi perasaan saya terhadap Mr Damien sepertimana kita bersentuhan di malam itu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium…..tetapi hanya di dinding kaca….ada batas dan sekatan. Yang tidak boleh dipecahkan……walau cuba dipecahkan…pasti kita akan cedera..ditusuk atau dihiris . Itulah Islam. Yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. Hanya hubungan halal yang boleh melenyapkannya." 
Intan Zulaikha
 

*********************************
Novel ni memang best.Jalan cerita pun ada perbezaan dari kebanyakan novel yang pernah aku baca. Selalu kita baca tentang kahwin paksa atau yang sewaktu dengannya lah kan.
Tapi yang ni tentang kisah percintaan .

Hilman seorang yang penyabar berlainan pula dengan Intan.
Yang aku paling suka dalam novel ni masa Intan kena lipat kat Damien a.k.a Hilman.

Aku kasi 4 bintang.
#######################







Exclusive Ramadhan Giveaway By Kiera And Iera



Hadiah  ohsem belaka.
Jom join sempat lagi ni.