Monday 12 May 2014

Dugaan Betul

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Kelmarin memang betul2  dugaan. Boleh plak pening kepala masa tengah exam BM K2. Nasib baik bukan karangan, kalau tak letih aku nak pikir. Jawapan aku tulis je apa yang terlintas malas nak pikir.Hantar soalan pun tak siap.Tak larat dah nak pikir. Hantar awal terus balik.Tak sanggup nak duk lama

Pernah tak time korang nak pergi jauh naik kereta, bas ,rasa pening nak muntah? Macam tulah rasanya. Memang rasa loya, duk batuk jelah aku.Harini ,Alhamdulillah takde pening masa exam.Rasa  jugak sebelum tu sebab harini exam BI.

Sunday 11 May 2014

Rahsia Penggemar Buah Limau

Assalamualaikum w.b.t dan hai !


JENIS LIMAU (Contoh: oren, lemon, limau nipis dan bali)


Orang yang sukakan buah limau merupakan orang yang gemar membuat sesuatu yang mencabar. Mereka juga tergolong orang yang suka akan warna cerah. Kawan-kawan pula suka merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada anda. Ini kerana anda mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga teman-teman yakin dengan nasihat dan pandangan anda. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri anda yang sebenarnya. Orang yang suka buah limau jenis yang gemar berehat dan kadangkala suka bersendirian. 

Teman-teman anda selalu berasa senang bila meluangkan masa dengan anda. Anda tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin. Simbol anda menunjukkan anda seorang yang suka mengambil berat.

Kredit:Yumida

Aku memang suka makan limau,oren.Rasa dia yang masam2 manis tu memang sedap.Selalu je beli buah limau.Makan masa cuaca panas dan limau tengah sejuk.

Saturday 10 May 2014

Fakta Anak Keempat

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Aku anak keempat + bongsu

1. Banyak buat orang ketawa & banyak buat orang menangis
2. Selagi dia boleh buat sesuatu perkara, dia takkan minta orang lain membantunya. Tak suka susahkan orang lain >baguskan perangai dia<
3. Orang nampak dia macam SOMBONG, tapi bila dah tegur. Haaa... amik kau! Bercakap tak hentilah pulak ^^
4. Senang percayakan orang. Kadang2 baru je kenal, dah share all story pasal diri dia kat orang.
5. Pantang bila dia minta sesuatu barang tu orang tak bagi, then bila dia dah tak nak baru terhegeh2 nak bagi.
6. Kalau dah suka satu lagu tue, dia akan ulang2 banyak kali.
7. Kalau orang sedih mesti cari dia.
8. Sangatlah peramah. Org tanya sepatah, berpatah2 dijawabnya..
9. Tak pandai memujuk! Memang FAILED bab2 memujuk nie ^^
10. Mudah risau & suka paksa2 orang. Org lain paksa dia tak boleh!
11. Cepat rasa kesian dgn orang lain.
12. Suka menolog selagi dia boleh tolong, dia akan tolong dengan sungguh2.
13. Cepat sangat terasa. Kekadang org tak cakap pasal dia pun! Dia tetap terasa juga. Awas!!
14. Kalau lepak dengan dia, tak sah kalau tak gelak. Sikit2 gelak
15. Mempunyai suara yg sedap. Kalau dpt mic, tak lepas punyalah. Mula2 jer segan nak nyanyi.
16. Sangat memahami perasaan seseorang, tak boleh tgk orang dalam keadaan susah. Mesti rasa nak tolong.
17. Sesetengah orang je yg boleh faham anak ke-4 ni!
18. Bila kawan dia tengah sedih, dialah yang gembirakan kawan dia dengan lawaknya.
19. Pendiam bila ada masalah. Kalau tak, dialah yang paling murai. Pot pet pot pet..
20. Sangat pemalas! Benda yg ada depan mata pun nak suruh orang ambilkan!!
21. Tidurlah lewat mana pun, kalau set alarm mesti akan sedar punya!
22. Suka tidur lewat, bangun pun lewatlah jadinya!
23. Kalau dia tak mampu ucap dengan kata-kata, airmata je yang jadi peneman
24. Kalau orang tak kacau dia, dia takkan kacau org tu melainkan dia hanya bergurau (sakat menyakat)
25. Kalau dah sayangkan someone or something, dia akan jaga dengan baik.
26. Paling pantang bila moody orang tanya soalan berulang, time tue hanya kaki je mampu bercakap!
27. Pandai jaga hati orang, hati dia luka takpe. Asalkan dapat puaskan hati orang lain.
28. Kalau bercakap susah nak behenti, kalau tak pecaya try la sembang dengan dia.
29. Bila parents suruh buat sesuatu kerja, "sekejap" "sekejap" Lastly, buat pun tak! Lupalah katakan.
30. Suka ingat tarikh, lagi2 tarikh penting.
31. Apa yg dia cakap, dia akan buktikan or buat. Jgn sesekali cakap dia penipu!!
32. Kalau dia banyak duit, dia akan belanja kengkawan dia. But kalau dia takde duit, jangan cakap dia KEDEKUT okey!
33. Kalau takde mood, hanya orang tertentu sahaja yg boleh kembalikan mood dia.
34. Bila ada makanan, pandang pun tak! Bila takde makanan mulalah mencari.
35. Bersabar selagi mampu, and kalau tahap kesabaran dia dah melebih had, dia akan luahkan segala2nya.
36. Tak suka dipaksa, lagi2 kalau time makan ubat!
37. Tetap happy walaupun tengah bersedih
38. PELUPA!!! kekadang dia cari satu benda sampai mengamuk habis, padahal benda tue depan mata je.
Kredit: Dunia Shida
Banyak sangat yang sama. No3 ,baru-baru ada sorang cakap aku nampak sombong(memang pon) Aku memang banyak cakap. Yang aku rasa paling kena ngn aku No 3,6,9,14(aku memang suka gelak ni),17,19,20,21,23,24,26,28,29,33,35,36,37,38
Lain2 tak pasti

                                                                  

Thursday 8 May 2014

Kasih Seorang Ayah

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Serius, aku rasa hiba sangat baca cerita ni. Aku ni jenis yang tak peduli sangat benda macam ni tapi ,Allah rasa sedih baca cerita ni.


SEPETANG DI MATRIKULASI KUALA PILAH.
Pengorbanan & Kasih sayang seorang Ayah....

Dari jendela kereta, Sedang aku menikmati makanan, kelihatan di sebelah keretaku seorang lelaki tua terbongkok-bongkok menyusun kertas dan buku ke dalam kotak . Lagaknya seperti pembeli barangan terpakai: Terlintas dalam fikiran .”.Bagi sajalah kertas dan buku-buku terpakai kepunyaan anakku.. jadi tak perlu beratkan kereta dengan bahan-bahan yang akan dibuang..” Belum sempat aku bertindak, tiba2 terpancul remaja perempuan seusia anakku sambil membawa lebih banyak barang dan dihulurkan kepada lelaki tersebut.
Ooo.. rupa lelaki itu dan aku sama-sama datang mengambil barang anak yang akan tamat matrikkulasi pada hari selasa ini. Nasib baik tak sempat tunaikan niat tadi.. kalau tidak betapa malunya aku.
Lelaki itu sekejap duduk, sekejap berdiri sambil memikirkan susun atur barangan di atas MOTOSIKALnya., tambahan pula setiap barang perlu dibungkus dengan plastik kerana hujan mulai renyai2.
Persoalannya: Apakah anak itu akan menyayangi ibubapanya sebagaimana ibubapa menyayanginya.

Kredit : FB

Tunjuk Guna Jari Telunjuk

Assalamualaikum w.b.t dan hai !


Selama ni memang aku duk sangka guna cara A lebih molek rupanya SALAH!! Orang duk cakap tunjuk guna cara B biadap padahal tu sunnah. Nama pun jari telunjuk, guna jelah jari tu yang kita plak pi guna ibu jari . Mulai harini ,pakat-pakat tukar guna cara B ya.Berhenti guna cara A. 

Manfaatkan jari telunjuk korang. Gunakan untuk menunjuk benda k. 

Sumber : UAI
          Aliyah Sofia

Wednesday 7 May 2014

Ditipu oleh Penampilan

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Tengok orang pakai sopan ni mesti kita agak dia ok kan. Takdelah perangai pelik pelikkan. Dah banyak kena tipu dengan penampilan. Kita tengok dia baik je rupa-rupanya kat belakang, huh. Aku dah jumpa ramai orang yang macam ni.

Tapi, tak boleh jugak nak salahkah pakaian dia. Kat sekolah nampak muslimah je, kat luar lain.Sometimes rasa benci je kat orang macam ni. Tahan je lah .Lagipun, aku ada jugak sorang kawan yang perangai macam ni.

Friday 2 May 2014

Cakap Berbelit - Belit

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Sekeliling korang ada tak spesies manusia yang suka cakap berbelit-belit. Dulu, aku ingatkan manusia spesis ni ada dalam drama je.Rupanya, ada je sekitar aku ni. Orang yang ada perangai ni setakat yang aku pernah jumpa ni, dorang takde perasaan malu.

Aku terpikir jugak, kenapa dorang ni suka cakap berbelit-belit. Depan si A dia cakap benda lain, dekat si B lain plak yang dia cerita. Dorang ni memang suka tengok orang bergaduh ke. Nak kata dapat duit tak jugak.

Haritu ustazah ada cerita yang orang skarang ni memang suka tengok orang lain menderita, bergaduh. Maybe, dorang ni spesis cam ni kot. Takpayah nak cakap berbelit belit.Cakap yang betul sudah lah.