Sunday 11 May 2014

Rahsia Penggemar Buah Limau

Assalamualaikum w.b.t dan hai !


JENIS LIMAU (Contoh: oren, lemon, limau nipis dan bali)


Orang yang sukakan buah limau merupakan orang yang gemar membuat sesuatu yang mencabar. Mereka juga tergolong orang yang suka akan warna cerah. Kawan-kawan pula suka merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada anda. Ini kerana anda mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga teman-teman yakin dengan nasihat dan pandangan anda. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri anda yang sebenarnya. Orang yang suka buah limau jenis yang gemar berehat dan kadangkala suka bersendirian. 

Teman-teman anda selalu berasa senang bila meluangkan masa dengan anda. Anda tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin. Simbol anda menunjukkan anda seorang yang suka mengambil berat.

Kredit:Yumida

Aku memang suka makan limau,oren.Rasa dia yang masam2 manis tu memang sedap.Selalu je beli buah limau.Makan masa cuaca panas dan limau tengah sejuk.

No comments: