Monday, 26 December 2011

-resepi Aiskrim g0reng-

resepi ni jgk dikenali sbg  aiskrim bersalut conflakes n walnut.
sy cuba resepi ni alang2 tgh lapang..
ni resepinya:
  
      BAHAN-BAHAN:

    -5 scoop aiskrim vanila                                                                        
   -1 biji telur








   -1 cawan cornflakes









  -1 cawan ch0pped walnuts   
   










   -minyak utk menggoreng












           CARA-CARA:
1- Masukkan setiap scoop aiskrim ke dalam plastic wrap. Bungkus biar jadi bentuk bola
Simpan dalam freezer sekurang-kurangnya 2 jam.  
   




2- Campurkan conflakes dan walnuts ke dalam mangkuk.
 Kemudian masukkan ke dalam beg plastik. Ramas-ramaskan conflakes biar hancur.
3- Keluarkan aiskrim dari freezer dan buka plastic wrap. Masukkan aiskrim ke dalam beg plastik tadi. Goncang-goncang biarkan aiskrim bersalut dgn conflakes dan walnuts . Keluarkan aiskrim dari beg plastik. Simpan semula ke dalam freezer selama 30 minit atau lebih.
4-Pukul telur dengan pemukul telur. Masukkan aiskrim ke dalam telur. Kemudian masukkan pula ke dalam beg plastik conflakes dan walnuts. Goncang biarkan keseluruhan aiskrim bersalut. Buat satu persatu sampai habis. Masukkan semula ke dalam freezer. Biarkan 1 jam atau lebih. Kalau nak salutan(coating) tu tebal boleh ulang langkah ni sekali lagi.
5-Panaskan minyak. Goreng aiskrim selama lebih kurang 30 saat. Angkat dan bolehlah terus makan.
 Kalau suka bolehlah letakkan sirap coklat di atasnya.

# Minyak yg diguna untuk menggoreng biarlah betul-betul panas atau 200 degree.
HASILNYA:

# :semua gmbr ini hanya ilustrasi semata-mata
klu y' sy punya xlah chantekk cmni






        

3 comments:

hAjar asHikiN said...

tngOp tEliUr dOh .. xWt aG .. miRah mU wT pA2 mu wt g asRama dEh ?? ngEh3 ..

Are~q!Lah said...

anda di-tag
http://misspinkblackorwhite.blogspot.com/2011/12/peraduan-blog-tercantik.html

cik erah said...

darpd aku wat g ostel baek aku mkn je