Friday, 2 May 2014

Cakap Berbelit - Belit

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Sekeliling korang ada tak spesies manusia yang suka cakap berbelit-belit. Dulu, aku ingatkan manusia spesis ni ada dalam drama je.Rupanya, ada je sekitar aku ni. Orang yang ada perangai ni setakat yang aku pernah jumpa ni, dorang takde perasaan malu.

Aku terpikir jugak, kenapa dorang ni suka cakap berbelit-belit. Depan si A dia cakap benda lain, dekat si B lain plak yang dia cerita. Dorang ni memang suka tengok orang bergaduh ke. Nak kata dapat duit tak jugak.

Haritu ustazah ada cerita yang orang skarang ni memang suka tengok orang lain menderita, bergaduh. Maybe, dorang ni spesis cam ni kot. Takpayah nak cakap berbelit belit.Cakap yang betul sudah lah.

Wednesday, 30 April 2014

Mental Age Test

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Selamat Hari Pekerja. Seronoknya dapat cuti sekolah 3 hari. Tengah duk skodeng beberapa blog tadi, jumpalah Mental Age Test ni. Ramai dah yang try. Aku pun naklah cuba gak nak tau aku i muda ke tua.Haha

Ni lah keputusannya, ternyata mental aku muda setahun.



Berbanggalah diriku ini. 

Thursday, 10 April 2014

Resdung ke Alahan?

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Aku ni mudah sangat bersin .Lepastu hidung pun berhingus.Sometimes tu mata berair dan gatal-gatal.Macam selsema tapi tak pun. Sekejap je semua ni datang .Nak kata alahan rasanya tak sebab aku ok je dengan kucing ke debu ke habuk ke.

Masa aku umur 6 tahun ,prasekolah (zaman kiut ni),aku ada gatal-gatal hidung. Resdunglah. Pergi klinik, doktor bagi 3 jenis ubat taksilap. Yang bujur macam kapsul (yang ni senang nak telan sbb licin) ,warna hijau (amat-amatlah tak sedap,air liur pun jadi hijau), satu lagi aku tak ingat. Sampai sekarang aku ingat pasal ubat tu penangan dari ubat hijau yang tak sedap tu. Then, doktor ada pesan tkleh makan seafood ngn cekedis(aku panggil kerepok) .Tapi aku makan jugak. Ubat dia bagi tu boleh katakan mujarab jugaklah sebab terus ok lepas habis ubat tu.

Cuma tulah, sekarang ni bersin balik. Resdung balik kah? Tapi, aku rasa aku resdung lah :(

Saturday, 22 March 2014

Review Novel : Katarak

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

First time tau pasal novel ni lepas baca suratkhabar Utusan. Ada review skit pasal novel ni. Disebabkan aku ni memang orang yang jenis mudah terpengaruh so senanglah terpengaruh ngan review novel tu walaupun pendek ciput je.Disebabkan aku ni kedekut,memang takkan lah nak beli novel ni.Ni pun nasib baik jumpa kasi perpustakaan.Pinjam pun guna kad pss kawan.Hahaha


Sinopsis
Suasana universiti yang aman damai tiba-tiba kucar-kacir. Segala-galanya jadi kecoh dan heboh. Seorang demi seorang rebah dengan skandal-skandal yang menggegarkan kampus. Sehinggalah salah seorang daripada mereka dibelasah sehingga koma.

Siri kejadian yang menimpa mereka itu amat meragukan. Ia bukan kebetulan tetapi dirancang dengan rapi. Zamri melakukan penyiasatan untuk mencari kebenaran biarpun berdepan halangan. Apa yang dia temui di setiap fasa penyiasatan itu amat mengejutkan. Muslihat apakah ini? Makin disiasat, masalah itu makin berselirat.

Komen Mirah:

Bab awal novel ni slow skit.Jujur aku cakap, aku terpaksa bersabar dari skip bab awal novel ni.Sebabnya, boring yang amat (maaf,terlalu jujur di sini).Aku asyik tertunggu -tunggu bila nak mula konflik ni.Rasanya dalam m/s 100 lebih baru nak mula skit masalah.

Bila start bab dorang hadapi konflik baru rasa macam seronok plak.Seronok sebab buat aku berfikir siapa yang jahat sebenarnya.Mula-mula rasa dia ni lepastu rasa dia tu plak.Hish.Memang buat aku rasa nak belek/tengok ending macam mana tapi nasib baik aku ni sabar.Nanti takseronok kalau dah tau ending.Ada jugak lah yang aku teka betul(yahooo!!).

Aku mula baca novel genre ni sebab Ramlee Awang Murshid.Ramai cakap novel dia best-best(memang best pon) .Jadi, aku macam bandingkanlah novel Katarak ni dengan karya RAM. Gaya bahasa or gaya penulisan(aku taktau yang mana betul ke salah dua-dua ni) Katarak bagi aku tak berapa menarik.

Apepon, novel Katarak karya Fitri Hussin ni still menarik. Aku bagi 3/5 .

Thursday, 27 February 2014

Kehidupan Form 4

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Dah dekat 2 bulan di form 4. Aku ambil Aliran Sains Tulen.10 subjek. Homework memang banyak sampaikan kadang-kadang tu tak cukup masa nak siapkan.Memang lainlah sekarang ni berbanding dulu. Yalah, dulu kan menengah rendah sekarang dah menengah atas.Balik pun lewat. Penat sangat sekarang.

Biologi, Kimia, Fzik, Addmath, Prinsip Akaun .Ni subjek yang baru jumpa tahun ni tapi PA tu ok lah sebab dulu ambil kh perdagangan so tau lah asas . Memandangkan aku ni lemah Math, subjek Addmath ngn MathMod antara subjek yang kritikal bagi aku.

Apepon, kena usaha sungguh-sungguh untuk capai 10A SPM 2015