Saturday, 14 June 2014

Rahsia Bulan Kelahiran (Januari) - Hasil Kajian Dato' Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

1 BERCITA-CITA TINGGI DAN ORANGNYA SERIUS
2 SUKA MENDIDIK DAN DIDIDIK
3 SANGAT MUDAH MELIHAT KELEMAHAN ORANG DAN SUKA MENGKRITIK
4 RAJIN DAN SETIAP YG DIBUAT NAMPAK KEUNTUNGAN
5 SUKA SMART, KEMAS DAN TERATUR BERSIFAT SENSITIF ,BERFIKIRAN MENDALAM
6 PANDAI MENGAMBIL HATI ORG LAIN PENDIAM KECUALI TELAH DIRANGSANG
7 AGAK PEMALU
8 DAYA TUMPUAN YANG SANGAT TINGGI MUDAH MENDISIPLINKAN DIRI SENDIRI
9 BADANNYA SIHAT TETAPI MUDAH DISERANG SELSEMA
10 BERSIKAP ROMANTIK TETAPI TIDAK PANDAI MEMPAMERKANNYA
11 CUKUP SAYANG PD KANAK-KANAK
12 SUKA DUDUK RUMAH
13 SETIA PADA SEGALA-GALANYA
14 PERLU BELAJAR KEMAHIRAN SOSIAL
15 CUKUP CEMBURU YG SANGAT TINGGI

Aku lahir bulan Januari dan bagi aku ada jugak yang taksama. Sejak kecil aku ni seorang yang amat pemalu dan pendiam.Dah besar skit, baru aku dapat atasi dua sifat ni.Aku bila dah selesa dengan orang tu aku boleh jadi orang yang paling bising kalau tak berapa kenal, senyum2 je.

No 3 tu memang ada dalm diri aku cuma sekarang aku baru nak belajar atasinya.Mudah diserang selsema tu aku kurang pasti lah.Aku memang suka duduk rumah.Seronok dpt buat apa je,tengok tv etc. Aku cukup setuju No 14, aku kena belajar lagi.

Cuti Sekolah Dah Tamat

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Esok dah sekolah. Aku macam biasalah sentiasa kelam-kabut bila dah cuti panjang.Cuti kali ni memang aku betul-betul cuti dan aku sentiasa macm tu tak kiralah cuti 2 hari ke. Dah nak bukak sekolah baru teringat ada kerja tupun kawan yang cakap.

Barulah aku kelam-kabut nak buat.Nasib baik sikit je.Bila tengok kertas terus blurr. Nak buat mcm mana ni. Payah bila takpaham apa yang cikgu ajar.Haha

Esok dah sekolah.Selamat bersekolah semua.

Thursday, 12 June 2014

Bila Mimpi Jadi Doktor

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Letih sungguh jadi doktor dalam mimpi ni.Boleh plak mimpi jadi doktor pdhal aku tak minat kerja doktor ni. Takutlah duk tengok darah.

Dalam mimpi,aku ni macam dah letih sangat jadi doktor sampaikan tak peduli dah benda lain.Nak rawat budak pun tak larat.Letih sangat sampai tak ingat cara nak rawat orang.Lepastu dapat on call pukul 4 pagi.Letihnya.

Monday, 12 May 2014

Dugaan Betul

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Kelmarin memang betul2  dugaan. Boleh plak pening kepala masa tengah exam BM K2. Nasib baik bukan karangan, kalau tak letih aku nak pikir. Jawapan aku tulis je apa yang terlintas malas nak pikir.Hantar soalan pun tak siap.Tak larat dah nak pikir. Hantar awal terus balik.Tak sanggup nak duk lama

Pernah tak time korang nak pergi jauh naik kereta, bas ,rasa pening nak muntah? Macam tulah rasanya. Memang rasa loya, duk batuk jelah aku.Harini ,Alhamdulillah takde pening masa exam.Rasa  jugak sebelum tu sebab harini exam BI.

Sunday, 11 May 2014

Rahsia Penggemar Buah Limau

Assalamualaikum w.b.t dan hai !


JENIS LIMAU (Contoh: oren, lemon, limau nipis dan bali)


Orang yang sukakan buah limau merupakan orang yang gemar membuat sesuatu yang mencabar. Mereka juga tergolong orang yang suka akan warna cerah. Kawan-kawan pula suka merujuk sesuatu perkara mahupun masalah kepada anda. Ini kerana anda mempunyai kemampuan dan kebolehan yang unik sehingga teman-teman yakin dengan nasihat dan pandangan anda. Orang luar sukar untuk menilai dan mengenal diri anda yang sebenarnya. Orang yang suka buah limau jenis yang gemar berehat dan kadangkala suka bersendirian. 

Teman-teman anda selalu berasa senang bila meluangkan masa dengan anda. Anda tergolong antara individu yang gemar bergembira dan menggunakan waktu yang terluang itu dengan sebaik mungkin. Simbol anda menunjukkan anda seorang yang suka mengambil berat.

Kredit:Yumida

Aku memang suka makan limau,oren.Rasa dia yang masam2 manis tu memang sedap.Selalu je beli buah limau.Makan masa cuaca panas dan limau tengah sejuk.