Tuesday, 25 November 2014

Bila Dipaksa ke Sekolah Hari Terakhir

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Nak dijadikan cerita, masa last day sekolah haritu boleh plak cikgu suruh budak f4 ni pergi sekolah ambil kerja rumah terancang sempena cuti ni.Kononnya sapa yang tak hantar kerja rumah tu masa daftar thn dpn tkleh nak daftar.

Macam semua sedia maklum, kawasan pantai timur ni selalu hujan lebat sampai sesetengah daerah tu banjir *tmpat aku tkbanjir*. Aku dengan gigih pergilah sekolah walaupun hujan tengah lebat.Marahlah jugak sebab tkbagi kerja rumah tu awal2. Kesian dekat budak kena redah hujan.

Kali ni cuma nak cerita kononnya gigih pergi sekolah masa hujan lebat

Monday, 24 November 2014

Bila Cuti Datang

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Setelah sekian lama aku tak up entry terbaru kat blog, terasa sunyi sepi plak. Tambah lagi , tengah cuti sekolah ni.Yeah,cuti yang amat panjang *nama pon cuti akhir thn*sebulan lebih gitu.

Makanya, aktiviti harian aku telah bertukar serta merta. Dah tak payah nak gosok baju sekolah, pergi sekolah, buat kerja sekolah dan sebagainya lagi yang berkaitan dengan sekolah.
Kadang boring jugak cuti ni,sebab kitakan dah terbiasa dengan aktiviti sekolah walhal masa sekolah merungut letih,nak cuti. Fitrah budak sekolah.

Saturday, 14 June 2014

Rahsia Bulan Kelahiran (Januari) - Hasil Kajian Dato' Fadhilah Kamsah Selama 25 Tahun

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

1 BERCITA-CITA TINGGI DAN ORANGNYA SERIUS
2 SUKA MENDIDIK DAN DIDIDIK
3 SANGAT MUDAH MELIHAT KELEMAHAN ORANG DAN SUKA MENGKRITIK
4 RAJIN DAN SETIAP YG DIBUAT NAMPAK KEUNTUNGAN
5 SUKA SMART, KEMAS DAN TERATUR BERSIFAT SENSITIF ,BERFIKIRAN MENDALAM
6 PANDAI MENGAMBIL HATI ORG LAIN PENDIAM KECUALI TELAH DIRANGSANG
7 AGAK PEMALU
8 DAYA TUMPUAN YANG SANGAT TINGGI MUDAH MENDISIPLINKAN DIRI SENDIRI
9 BADANNYA SIHAT TETAPI MUDAH DISERANG SELSEMA
10 BERSIKAP ROMANTIK TETAPI TIDAK PANDAI MEMPAMERKANNYA
11 CUKUP SAYANG PD KANAK-KANAK
12 SUKA DUDUK RUMAH
13 SETIA PADA SEGALA-GALANYA
14 PERLU BELAJAR KEMAHIRAN SOSIAL
15 CUKUP CEMBURU YG SANGAT TINGGI

Aku lahir bulan Januari dan bagi aku ada jugak yang taksama. Sejak kecil aku ni seorang yang amat pemalu dan pendiam.Dah besar skit, baru aku dapat atasi dua sifat ni.Aku bila dah selesa dengan orang tu aku boleh jadi orang yang paling bising kalau tak berapa kenal, senyum2 je.

No 3 tu memang ada dalm diri aku cuma sekarang aku baru nak belajar atasinya.Mudah diserang selsema tu aku kurang pasti lah.Aku memang suka duduk rumah.Seronok dpt buat apa je,tengok tv etc. Aku cukup setuju No 14, aku kena belajar lagi.

Cuti Sekolah Dah Tamat

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Esok dah sekolah. Aku macam biasalah sentiasa kelam-kabut bila dah cuti panjang.Cuti kali ni memang aku betul-betul cuti dan aku sentiasa macm tu tak kiralah cuti 2 hari ke. Dah nak bukak sekolah baru teringat ada kerja tupun kawan yang cakap.

Barulah aku kelam-kabut nak buat.Nasib baik sikit je.Bila tengok kertas terus blurr. Nak buat mcm mana ni. Payah bila takpaham apa yang cikgu ajar.Haha

Esok dah sekolah.Selamat bersekolah semua.

Thursday, 12 June 2014

Bila Mimpi Jadi Doktor

Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Letih sungguh jadi doktor dalam mimpi ni.Boleh plak mimpi jadi doktor pdhal aku tak minat kerja doktor ni. Takutlah duk tengok darah.

Dalam mimpi,aku ni macam dah letih sangat jadi doktor sampaikan tak peduli dah benda lain.Nak rawat budak pun tak larat.Letih sangat sampai tak ingat cara nak rawat orang.Lepastu dapat on call pukul 4 pagi.Letihnya.