Friday, 20 December 2013

Result !

                                                        Assalamualaikum w.b.t dan hai ! 

*Entri ni sangat panjang macam karangan PMR. Sila tekan x kalau dah rasa nak menguap !


Sila sebut title tu tiga kali ya. Malas nak taip banyak-banyak. Orang lain kemain laju lagi update entry pasal result diorang and me, sentiasa ketinggalan sikit (sikit je). Jom mulakan cerita yang amat dramatis ni.

 191213. Tarikh ambil result. Kemain awal saya bertolak kelmarin , pukul 10:30 pagi lagi dah bertolak. Tupun ingatkan dah lewat sebab dengar kata result keluar dalam pukul 10 lebih-lebih sikit. Aku pergi dengan kawan. Kitorang pergi jalan kaki je, sihat sikit kan. Sampai sekolah result belum keluar lepastu main-main sekejap then pergi beli air (dahaga tau tunggu lama-lama ni).

Ada jugaklah yang cek guna sms. Aku memang taklah sms ni, tak feeling k. Bila dah nampak orang masuk dewan amik result terus aku dan geng pergi.FYI kitorang takde duduk atas kerusi lama-lama nak  tunggu nama kena panggil , masuk tu truih pergi kat meja yang guru kelas duk .Then, tunggu dia panggil nama jugaklah sebab ada yang tak habis bayar yuran kan.

Mula-mula masuk tu, terkezuttttttt aku.Yelah ,dah ada yang terlampau excited sampai menjerit kuat gila.Nasib baik aku takde penyakit jantung.Oh, sebelum masuk dewan tu ,aku ada ternampak chinese girl ni, menangis sampai nak rebah. Maybe result dia tak macam yang ditarget.Dia pun pandai jugak. Sambung cerita tadi, lepas dengar bunyi menempik kuat terus aku keluar (menyampah kot, taulah excited sebab dapat straight A's).

Masuk plak kali kedua, truih nama aku kena panggil and me, 'huh?'.Nampak diorang yang dekat situ macam gembira semacam je panggil nama aku.Aku pergi dekat ustazah ,amik dan tengok result. Alhamdulillah.Tu je yang aku mampu ucap.Taktau nak buat reaksi macam mana, sedih ke gembira. Yep, seriously aku gembira dalam sedih.Aku target 6A/7A je. Orang lain mungkin gembira tapi bukan aku.For me, dugaan yang datang dalam bentuk kesenangan selalunya susah kita nak hadapi. Kot-kot tahun depan jadi pemalas ke. 

Susah nak percaya aku dapat banyak ni. Dari F1-F3 memang takpenah ah.Paling tinggi pon masa trial hari tu, 6A.Sebab tu aku memang tak taruh harapan tinggi sangat .Lagipun kalau boleh straight A ni orang akan expect yang lagi baik dari kita bila SPM. Ni buat aku bimbang kalau SPM aku tak berapa baik.Walau apepun, kita tak boleh menidakkan takdir yang telah ditentukan oleh Allah untuk  kerana itulah yang terbaik untuk kita.


Tahniah untuk semua calon PMR 2013 semua.Tak kiralah result korang berapa pon sebab semua tu hasil usaha kita .Sekarang siap sedia untuk peperiksaan yang paling penting plak ,SPM. Good Luck SPM 2015.

p/s Alhamdulillah got 8A PMR

Thursday, 21 November 2013

Tersentuh baca tentang arwah

                                             Assalamualaikum w.b.t dan hai !

                       Untuk baca tentang arwah boleh tekan SINI


Mula-mula keluar cerita pasal arwah Ammar, saya ignore je. Ingatkan pasal apa. Tapi tiba-tiba terbukak hati nak tahu kenapa sampai kecoh dunia siber ni pasal arwah. Baru baca sikit memang tersentuh sangat hati ni.

Arwah baru umur 20 tapi agamanya memang hebat sampaikan ramai orang menitiskan air mata masa kematian arwah.Memang menitis air mata tengok video pasal arwah. Allah. Walaupun masih muda tapi arwah dah pergi ke banyak negara dengan tujuan membantu rakyat disana.

Walaupun arwah dah tiada tapi kisahnya dah banyak menyentuh hati kebanyakan masyarakat. And maybe ada yang akan berhijrah ke arah yang lebih baik. Saya pun dah simpan niat bila tiba hari yang sesuai saya akan berhijrah menjadi lebih baik dari sekarang. Menjadi muslimah yang solehah yang akan menjunjung tinggi martabat seorang wanita. In sha Allah.

p/s: Jikalau saya tersalah tulis, maafkan saya. Segala salah dan silap datang dari saya dan yang baik dari Allah 

Friday, 15 November 2013

Cuti Cuti Cuti

                                                           Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Cuti sekolah dah mula, Yeay. Tak happy sangat sebab boring je duk kat rumah. Cuti ke tak cuti, seminggu skali mesti pergi sekolah. Terbukti kerajinan disitu .Haha. Pergi sekolah pun sebab ada latihan je kalau tak nantihari amik result baru jenguk sekolah. Kecewa jugak bila tahu tarikh keluar result hujung bulan 12, lambat sangat. 

  Pada yang memohon ke sekolah lain tu , saya ucapkan selamat berjaya. Saya still kat sekolah sama. Malas nak bertukar-tukar sekolah ni. Harap kelas tahun depan aman je macam tahun ni. Sekolah mana pun tak kesah asalkan disiplin jaga pasti berjaya.

1st day cuti, saya sahut saranan KKM untuk berjalan kaki 10,000 langkah. Poyo je semua tu. Berjalan biasa je sebenarnya. Cuti ada dalam sebulan lagikot, jom isi dengan perkara berfaedah.

Sunday, 10 November 2013

Penghujung Tahun

                                                   Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Tajuk macam dah hujung tahun sangatkan walaupun takmasuk bulan 12 lagi. Apepon tahun ni mungkin tahun antara yang terbaik. Macam kenangan pahit dan manis  yang telah dilakar. 

Walaupun tahun ni PMR tapi tahun ni paling aktif berbanding tahun lain. Sekarang ni masih lagi duk tunggu result PMR yang mungkin lambat lagi kot nak keluarnya. Takmo berharap sangat takut kecewa nanti. Kalau result biasa-biasa pon dah takde masalah. 

Tahun depan dah nak masuk F4. Sometimes, terpikir jugak macam tak percaya budak pendek ni dah nak masuk form4. Pendek je mesti tak macam f4 lansung. Harap tahun depan happy je macam tahun ni. Paling malas skali nak naik f4 sebab kena pakai kasut putih. Ala, mesti cepat kotor ni.

Thursday, 10 October 2013

Exam Free

                                                   Assalamualaikum w.b.t dan hai !

Lama dah tak aktif berblog ni. Sekarang baru jeada kesempatan nak main-main. Exam PMR bagi saya susah jugak .Bagi yang bijak tu mungkin senang kot. Saya memang tak taruh harapan tinggi takut kecewa nanti. 

Habis PMR ni memang taktau nak buat apa.Sangat boring. Lupa nak bagitau yang hari ni dah hari kedua lepas exam. Happy jugak tapi rasa macam berdebar bila tengok form5 , rasa macam saya plak yang nak ambil SPM.

Kelmarin ,hari pertama lepas exam dah cipta sejarah buat diri ini sendiri( hehe. .ayat) .Lepas ni akan bermain dengan berhati hati .Takmo jadi macam lagu sejarah pasti akan berulang (betul ke tajuk ni?) .

kbye.